pencinta kehidupan

Kata Pengantar

Hai semua.. Bismillah dulu sebelum bacer tau.. Ambik berkat :) jom !

Monday, December 6, 2010

jom bercucuk tanam

hai.. Juan kembali .. kembali untuk menyusahkan hidup korang .. hakhak !

owh, sebelum tu .. jom karoke ngan Juan dulu ..



Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman ..
Untuk sepanjang zamannnnn ..

okay, best kan lagu tu ? cakap best cepat ! kalau tak kena sumpah jadi petai .. hakhak !

bersempena dengan Maal Hijrah yang akan disambut tak lama je lagi , Juan kat sini nak mohon maaf banyak-banyak dekat korang semua sekiranya Juan ada buat silap dan membuatkan korang tersentap .. memang Juan sengaja buat macam tu .. ha ha ha .. niat Juan nak bergurau jek .. nothing serius ok ?

Juan jugak nak ajak korang bercucuk tanam .. emm, mari sama-sama ngan Juan .. kita tanam azam baru .. azam yang lepas kita cabut .. kita benihkan azam yang baru , sempena tahun yang baru .. ok ?

tapi ! yer , ada tapinya .. tapi , Juan harap korang semua dapat jaga benih azam korang tu betul-betul .. jangan pula dibiarkan layu begitu sahaja .. pastikan benih tersebut mendapat oksigen yang cukup , pencahayaan yang sempurna dan mendapat air yang diperlukan .. so that , azam korang boleh membesar dengan sempurna ..

jangan kita hanya pandai berak .. tapi tak reti nak basuh .. kalau macam tu, sampai bila-bila pon kita takkan berubah .. zaman dah maju .. tapi kita masih ditakuk yang lama .. okay ? pastikan azam kita selari dengan hati .. dan buat kerana keinginan untuk berubah ..


sebelum berpisah .. jom baca doa awal tahun dan doa akhir tahun ..




Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
 

Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:






Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



okay .. done ! Assalamualaikum .. ( tibe-tibe jadi islamik  =.=! )








4 ribu orang sedang beromen ;D:

tomatokering :) said...

ingat cucuk tanam tomato tadi..hahak

semoga azam ceq taun nie tercapai.. :D

JuanYuan said...

@tomatokering :)
hahah.. amin ;))

Miss Yaty said...

jom join blog larian.yaty dah tag juan.

http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/2010/12/jom-jadi-sebahagian-bloglarian.html

JuanYuan said...

@Miss Yaty
heheh..:))

Next Back home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...