pencinta kehidupan

Kata Pengantar

Hai semua.. Bismillah dulu sebelum bacer tau.. Ambik berkat :) jom !

Friday, February 18, 2011

comel keww ? ye leww ..

Assalamualaikum ..






rasanya macam dah lama sangat aku tak update ( lama eh ? ) .. yelah , blog aku ada masalah sikit .. bukan malware , tapi aku tak tahu .. kalau bukak blog dengan google chrome automatik semua crash .. tapi kalau bukak ngan mozilla musang tu okay pulak .. cuma lambat sikit la .. 

okay , semalam ada seorang member lelaki aku hantar mesej camni .. 

" wey , ko ader anew ? "

" sombong sekarang niw erk ? "

" huhuhu ... "

well .. serius nak muntah aku .. macam apa je .. dahlah lelaki .. kalau perempuan*comel  tak apalah jugak .. bolehlah aku marah-marah sayang .. babap ke .. ni lelaki*tak hensem pulak tu  .. bukan marah-marah sayang dah , sepak je terus celah kangkang .. 

benda ni dah lama dah sebenarnya .. semua orang pon dah tahu pasal kewujudan bahasa RemPiwt aka comel ni .. err , comel ? boooo !

sangatlah meluat bila jumpa orang yang guna bahasa camni .. nak-nak kalau update status kat facebook .. tengah elok-elok scroll dekat homepage tu , tiba-tiba nampak status RemPiwt .. perghhh !! rasa nak hentak keyboard kuat-kuat .. rasa nak conteng-conteng je muka orang tu dengan marker ..

kenapew erk sukew gunew bahasew niw ?

entah !! aku pon tak tahu nak cakap apa .. takde life kot ?  ( sapa-sapa yang suka guna bahasa ni , sila terasa ) 

okay .. jom tengok video ni .. aku suka layan video mamat ni .. AnwarHadi ..










aku suka part yang Ad mbr lmew tgu lmew glew..x aprv gk aq ..








huhuhu .. bluerkk !!

Tuesday, February 15, 2011

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 ..

keh keh keh ..

perasan dowh aku ni .. blog cantik ? agaklah kan ? lalalala XD ..

setelah ditag oleh doktor yang tak suka makan panadol , aku dengan ini berhasrat untuk join satu contest .. beliau cakap aku ni perasan .. perasankah aku ? oh no no ! aku tak perasan .. tapi benda betul .. hakhak!  orang cakap fact is fact ..





walaupon aku rasa aku tak layak , tapi tetap jugak aku nak join .. memandangkan aku tak pernah menang*demm  mana-mana contest , so aku harap kali ni aku berjaya .. kalau tak memang loser la kan ? hakhak!

okkaylah .. aku nak tag member-member yang aku rasa agak perasan jugak yang blog diorang cantik ..


so , mereka-mereka di atas adalah dicabar untuk membuktikan darjah keperasanan ( tiru ayat Dr Hanis ) mereka adalah berbaloi .. erk ...




p/s  aku jarang online sekarang sebab blog aku bermasalah .. akan diperbetulkan secepat mungkin ..

Thursday, February 10, 2011

keindahan yang hilang ..

Assalamualaikum ..



hari Ahad ni aku akan balik semula ke Perlis .. menyambung pengajian .. huh , serius aku malas .. malas nak duduk dalam bas lama-lama , malas nak tahan kencing , malas nak dengar orang berdengkur tidur atas bas ( semangat giler tido walaupon tak selesa ) dan malas nak tunggu hantu menampakkan diri .. kalau korang nak tahu , aku ada satu habit yang pelik .. aku nak sangat tengok hantu .. so , disebabkan aku naik bas melalui jalan Gerik , aku selalulah ushar tepi tingkap tu kot-kot ada hantu atas pokok ke .. tapi haram takde .. belum rezeki aku kot ..

disebabkan tak lama lagi aku nak balik , aku bercadang untuk meronda-ronda sekitar Terengganu ni .. saje nak lepaskan rindu .. nak tengok pantai-pantai , air terjun dan tak lupa jugak awek-awek Terengganu .. bukan apa , nanti kat Perlis mesti aku akan rindu awek-awek Terengganu ni semua .. yelah , diorang sangat cute .. 

so , dipendekkan cerita aku ngan 2 samdol pon rancanglah nak keluar .. jalan-jalan kononnya .. kami keluar hari selasa lepas .. rancang nak pergi pantai makan sotong celup tepung dan semestinya ushar awek sekali .. 

sampai je kat pantai , hati aku jadi sayu .. sedih tengok keadaan pantai yang dulunya cantik , tapi sekarang dah takde semua tu .. pantai yang dulunya jadi tempat utama untuk melepak , dating dan untuk keluar bersama keluarga sekarang dah jadi tempat yang agak asing .. serius macam baru lepas tsunami .. hilang dah keunikan negeri kelahiran aku ..











korang nampak tak ? disaster !!

serius aku sedih .. dulu pantai ni mmg sangat cantik .. aku selalu datang sini dulu sebab dekat dengan sekolah aku .. kat sinilah port aku ngan member-member ponteng sekolah .. tidur atas bot , lepak-lepak bawah pokok .. tenang jer .. sekarang takde dah semua tu .. 

aku tak tahu apa yang menyebabkan hakisan tu berlaku .. habis pokok tumbang .. tak cantik dah permandangan .. dan disebabkan hakisan tu jugak , kerajaan terpaksa bina benteng kat tepi pantai tu .. lagilah tak cantik bila ada benteng .. tak nampak dah air laut bila kita jalan-jalan tepi pantai .. arghh .. banyak betul aku merungut ..

sedih aku .. tiada lagi keindahan dulu .. tak bermakna lagi slogan "where nature embrace heritage" .. hurm , terima jelah .. dah kuasa Allah kan ? mungkin sebab banyak sangat orang duk dating kat tepi pantai sampai malam-malam buta .. ramai sangat yang ponteng sekolah pergi pantai .. err , aku lah tu ..

apa-apa pon , sempat jugak posing sebagai tanda kenang-kenangan ..






gambar aku takde .. mahal .. hakhak!





Saturday, February 5, 2011

pertandingan motocross menaikkan nama Malaysia di mata dunia .. bangga tak ?

Jumaat 4 Feb- sebuah pertandingan yang paling berprestij di abad ini telah dilangsungkan dengan jayanya .. pertandingan yang dimaksudkan adalah pertandingan Perlumbaan Motocross Anjuran Felda Chalok Barat yang telah disertai oleh lebih kurang 30 orang anak muda serta tua pon ada jugak .. pertandingan tersebut telah mempertemukan juara-juara rempit bertauliah kampung masing-masing ..terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu "2 strokes" , "4 strokes" dan juga "terbuka" yang kesemua kategori TIDAK dimenangi oleh seorang pon wakil tuan rumah .. mmg haram jadah ..

petikan-Mingguan Metroll


Assalamualaikum ..

hai korunkkk ( muehehe ) .. korunkkk sihat tak ? kita sihat walafiat jer .. harap-harap korunkkk pon sihat okess .. kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat tau .. nanti melarat pulak .. ayokk , kita tak tanggung .. kita pesan awal-awal ni sebab tak nak korunkkk sakit .. walaupon kita tau yang korang memang dah sakit hati ngan kegedikan kita ni .. hihi ..

okay dah dah .. nak termuntah pulak aku bila buat camtu .. *bluerkkk* .. tengok , kan dah muntah .. hakhak!  korang jangan marah aku ok .. aku saja jer nak bergurau di pagi hari ni .. alaa , why so serius ?

malam kelmarin aku tidur agak lewat .. lepas subuh jugaklah aku tidur sebab duk layan cerita hantu kak limah tu .. walaupon dah tengok berkali-kali tapi aku tetap jugak nak tengok lagi .. sebab cerita tu mmg super duper bangang.. hakhak! kelakar yang amat sangat .. hampet betul si Mamat Khalid tu .. buat cerita tak pernah nak serius .. ending aku tak berapa nak berkenan sangat .. tapi cerita tu overall best !  jauh lebih best dari zombi kampong pisang ..

then , disebabkan mengantuk yang amat sangat , aku pon tidurlah sampai tak ingat dunia .. siap termimpi-mimpi si lumpuh yang boleh berjalan tu .. LOL .. macam takde orang lain nak mimpi .. tengah best bermimpi tu , aku dikejutkan dengan bunyi bising yang amat sangat .. dan bunyi tu betul-betul dekat depan rumah aku .. demm .. bila aku hayati betul-betul , baru aku perasan bunyi tu adalah bunyi motor .. argh , mamat manalah pulak yang duk merempit depan rumah aku ni .. eh bukan , mamat-mamat manalah pulak yang duk merempit depan rumah aku ni .. sebab aku dengar lebih dari sebuah motor .. dekat 10 buah jugak kot pada hemat aku ..

pergh !! mmg cari pasallah mamat-mamat ReMpIwTt ni semua .. dahlah hari ni hari jumaat .. boleh tidur sampai pukul 12 jer sebab nak pergi solat jumaat pulak .. kan kalau tak pergi kena hambat ngan batang penyapu pulak .. adoi .. mmg cari nahas la mamat-mamat ni .. mmg stok nak makan taik pusat ni .. jaga kau !

so dengan semangat mamai , aku pon bukaklah tingkap .. nak jengah tengok .. konon-konon nak sound lah kan .. nak keluar segan sebab tak gosok gigi lagi .. dahlah semalam makan petai .. nanti tak pasal-pasal aku yang kena sound balik .. so , aku pon jengahlah tengok .. oh , baru aku ingat !  member aku ada tag gambar kat facebook semalam ..



ehh silap =.=


baru betol .. heheh!


demm .. aku baru ingat yang hari ni ada orang main motor .. patutlah bising .. diorang tengah race rupanya .. so , mmg takde harapanlah aku nak sambung tidur kan ? kesian aku ..

aku tak pergi tengok pada sebelah pagi tu sebab aku malas .. malas nak mandi sebenarnya .. aku tengok dari jauh jelah .. lagipon bukan best sangat sebelah pagi sebab semua perlumbaan dalam peringkat saringan .. so baik aku pergi lepas jumaat sebab comfirm-confirm dah final time tu .. kan ?


*solat jumaat*


okay dah petang kan ? so , aku pon pergilah tengok .. adalah gambar sikit-sikit aku ambik dengan berbekalkan DSLR sony ericsson aku tu .. kualiti gambar tak berapa nak bagus .. walaupon track diorang berlumba tu betul-betul depan mata aku tapi still gambar nampak jauh .. jadi zoom out pulak .. gile lah ..








ni adalah gambar penonton yang hadir .. mmg ramai ah .. ni baru sebelah sini .. yang sebelah sana lagi ramai .. tak termasuk yang sebelah sinun lagi .. so , agak meriahlah .. mostly ramai yang hadir sekeluarga ..


ustaz sekola agama aku time kecik-kecik ..








mamat ni hampir semua dia menang .. gile hebat ..










ni adalah untuk kategori 2 strokes ataupon enjin 2 lejang .. ramai budak-budak muda join kategori ni sebab bajet nak beli motor 4 strokes takde .. so , diorang modified motor tu jadi ala-ala scrambler .. motor asal adalah dari model Honda Cup 70 , EX5 , dan tak ketinggalan Honda Cup 50 ( honda samah org ganu panggil ) .. tapi diorang kurang berani nak melompat-lompat sebab takut makan tanah .. yelah , motor bukan stok nak main lompat-lompat kan ? manakala kaum yang lebih berusia join kategori 4 strokes dan terbuka .. tapi mamat yang baju merah atas tu serius hebat .. hampir semua dia pegang dari peringkat saringan sampailah final .. 

okay tu jer gambar yang aku sempat ambik .. malas nak ambik banyak-banyak sebab panas .. so lepas habis jer semua , aku pon balik sekali .. niat nak tidur tapi tak jadi sebab tengok kereta kotor yang amat .. daripada aku tidur baik aku main buih kan ? kerana aku tak suka kepada kekotoran .. aku decide nak basuh kereta .. baguskan aku ?

lastly , aku rasa bangga jugaklah sebab Fc West ( felda chalok barat ) penganjur kali ni .. bukan senang tau nak ada pertandingan ni .. 4 tahun sekali .. ala-ala macam World Cup la pulak .. tahun ni saja dah 4 kali dianjurkan dekat kampong aku .. err , ok ..

oh ya .. ni ada video .. low kualiti la .. sempat bluetooth ngan member sebelum balik tadi .. korang tengoklah ek .. kalau taknak tengok terus jer pergi bahagian komen tu .. beromenlah kat situ ramai-ramai .. takde orang marah .. percayalah ..





p/s  aku bangga jadi anak Felda .. sebab anak Felda dah ramai yang berjaya .. jadi artis .. LOL ..




Wednesday, February 2, 2011

cerita tentang budu ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penggemar budu .. hakhak!





okay jangan gelak .. jangan kutuk .. aku tahu bukan semua suka makan budu .. tapi ingat , jangan salahkan aku kalau lepas ni korang semua pakat cari budu !.. sebab , kali ni aku nak bercerita tentang budu .. ala-ala macam review la .. hakhak! aku baru lepas makan budu petang tadi .. sebab tu timbul idea nak cerita pasal budu ..sengalkan aku ?

namun kesengalan aku tak terbatas setakat tu aje , sebab sekarang aku nak memperkenalkan satu produk yang akan meningkatkan nafsu syahwat makan korang .. tak payah makan food supplement , tak payah makan vitamin apatah lagi weight gain .. sebab dengan budu , selera anda akan bertambah seiring dengan berat badan anda .. percayalah .. 

budu atau nama saintifiknya 'boodoo' ( sila percaya ) merupakan makanan tradisional pantai timur .. aku berasal dari Terengganu , so mmg sejak kecil lagi aku didedahkan dengan budu .. kira budu ni macam susu aku la .. dan untuk pengetahuan korang , budu mengandungi zat gizi dan vitamin B .. tak percaya ? sila google ..




dekat kampung aku ni ada sebuah kilang budu .. kalau dulu mmg popular habislah budu beliau ni sebab rasa yang sangat sedap dan murah .. jenama budu tu adalah 'budu selera kampung' yang lambang dua biji lada tu .. kalau penggemar budu dia tahulah .. dan yang bestnya , kilang ni akan bagi kita budu percuma kalau kita kumpul botol-botol kosong yang dah habis budu kat dalam tu dan pergi hantar balik kat kilang .. so , aku pon dengan semangatnya kumpul botol-botol yang dah habis .. then basuh sampai bersih sebab kalau kita bagi botol kotor diorang akan potong harga .. rugi kan ?

paling best , aku ngan member-member nakal pergi jalan-jalan belakang rumah orang sebab nak curi botol-botol yang diorang kumpul .. yelah , sape suruh letak kat luar .. kan ? hakhak!  bukan apa , bilangan budu yang diorang bagi jugak bergantung kepada bilangan botol yang kita hantar .. so mengikut hipotesis , semakin bertambah botol dihantar , semakin bertambah jumlah budu yang diperolehi .. senang kan ? jimat dah duit nak beli budu .. hakhak!  tapi itu dulu la .. sekarang ni tauke yang buat budu tu dah meninggal , budu tu pon dah tak sesedap dulu lagi .. mungkin arwah ada resepi tersendiri kot ?




kalau dulu budu yang femes hanyalah 'budu cap ketereh' ngan 'cap limau' .. sekarang macam-macam dah ada .. ada 'budu sedap terlajak' , 'sedap sungguh' , 'sedap sengoti' dan bermacam-macam sedap lagilah .. ada jugak yang mengatakan golongan yang makan budu adalah golongan kelas ke-3 dan kuno .. hey , belum cuba belum tahu .. dah cuba jatuh cinta you !

serius aku cakap .. kalau korang takde selera makan , try budu .. confirm bertambah nasik tu .. ramai orang luar yang tak biasa makan , so mmg diorang agak gelilah .. padahal budu ni bukannya kotor .. ia diperbuat dari ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur .. ramai je kawan-kawan aku yang berasal dari luar pantai timur mula menggemari budu lepas aku kenalkan kat diorang .. siap kirim lagik .. dasyat kan budu ?

okay , aku nak cerita banyak pon bukan korang faham jugak .. sebab , rahsia untuk mengetahui penangan budu adalah dengan 'merasa' sendiri ( apasal ayat aku macam nak lucah jer ni ? ) .. lepas tu korang buatlah keputusan .. dan aku rasa , kalau budu ni diMLM kan , mesti ramai level atas yang jadi jutawan .. yelah , MLM kan sistem downline , so sistem tu akan crash jugak kat level bawah .. jadi , orang yang level atas jelah yang berjaya .. yang level bawah terkontang-kanting .. MLM = Bullshit ..

tengok .. dah termasuk MLM pulak .. well , budu kan boleh meningkatkan IQ dan merangsang sel otak .. sebab tu laju semacam je otak aku ni berfikir .. hakhak! .. nak anak-anak anda cerdik ? bagilah makan budu sejak kecil .. lalalala XD

jom layan lagu budu pulak ..

Lirik Dikir Budu - Mat Glamour & Abe Jali

Muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu

budu….budu…..jelironyo aku

muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu


oh ya .. seingat aku Diana Danielle pernah jadi model iklan budu kan ? budu laris di New York ? bukan New York jer dik .. London , Kanada , Uk , Shanghai bla bla bla ..

Tuesday, February 1, 2011

krisis Mesir .. nasib pelajar kita ?

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.




Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



















Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.

Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.
Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.
Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.
Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.
“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi
sumber kosmo
SEORANG penunjuk perasaan yang cedera dibawa oleh rakan-rakan mereka.
Sekumpulan penunjuk perasaan bersolat di hadapan pasukan polis antirusuhan di Kaherah kelmarin.
semoga rakyat malaysia semua selamat..sama-sama kita doakan…ikuti kisah krisis mesir dan nasib pelajar kita



p/s  aku copy paste jer .. serius hati aku tak tenang sekarang ni .. semoga semuanya selamat .. Amin Ya Allah ..
Next Back home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...