pencinta kehidupan

Kata Pengantar

Hai semua.. Bismillah dulu sebelum bacer tau.. Ambik berkat :) jom !

Tuesday, February 1, 2011

krisis Mesir .. nasib pelajar kita ?

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.




Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



















Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.

Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.
Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.
Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.
Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.
“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi
sumber kosmo
SEORANG penunjuk perasaan yang cedera dibawa oleh rakan-rakan mereka.
Sekumpulan penunjuk perasaan bersolat di hadapan pasukan polis antirusuhan di Kaherah kelmarin.
semoga rakyat malaysia semua selamat..sama-sama kita doakan…ikuti kisah krisis mesir dan nasib pelajar kita



p/s  aku copy paste jer .. serius hati aku tak tenang sekarang ni .. semoga semuanya selamat .. Amin Ya Allah ..

22 ribu orang sedang beromen ;D:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag pun tak tenang! Sedih sebab tak dapat bayangkan macam mana perasaan orang kita kat sana ;'(

nulhazwany abdul malik said...

kesian diorang..
memang kena bawak diorang balik. :(
same2 la doakan untuk diorang kat sana .;((

najwa's said...

semoga allah selamatkan mereka.

Liniey Mustaffa said...

smga dorng semua slmt..ad teman kt sana..
btw,na mntak share..thx :)

gayahspears said...

aku pon risau jugak.. sepupu aku ade kat sane :(

Mejuez said...

Terdiam seketika......... :(

JuanYuan said...

@Puan Besar Shag Yahaya
tu la..harap2 semua selamat ..

JuanYuan said...

@nulhazwany abdul malik
Amin..semoga semua selamat

JuanYuan said...

@najwa's
Aminn..

JuanYuan said...

@Liniey Mustaffa
amin .. silakan

JuanYuan said...

@gayahspears
sabar..keep on praying

JuanYuan said...

@Mejuez
sama..doakan mereka

Miss Yaty said...

sedihnya....insyaAllah akak tolong sebarkan jugak...

semoga Allah selamatkan mereka kat sana...amiin...

tomatokering :) said...

kesian . macam mana la kalau kita kat tempat dorang . doakan semua selamat . aminnn :)

JuanYuan said...

@Miss Yaty
thanks akak..Amin

JuanYuan said...

@Miss Yaty
thanks akak .. Amin ..

JuanYuan said...

@tomatokering :)
amin..

cekmet said...

semoga diorang n kenalan sy selamat

bjay69 said...

mintak pihak2 yg bertanggungjawab ambil tindakan segera. jgn ada nyawa dah melayang baru nak gerak.

JuanYuan said...

@bjay69
itu la pasal..huh

kiwi said...

harap2 diorang dapat balik dengan selamat!

Annie said...

Apa yang student sana cakap lain dengan apa yang berita cakap. But of course sy lg percaya dgn cerita yang dbgtau oleh students sana. Diorang yg berada disana, diorg lbh tau.

Next Back home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...