pencinta kehidupan

Kata Pengantar

Hai semua.. Bismillah dulu sebelum bacer tau.. Ambik berkat :) jom !

Friday, January 14, 2011

positif songsang ..

hai .. selamat petang Jumaat semua .. korang blogger lelaki pergi solat Jumaat tak ? pergi ? bagus .. blogging2 jugak , maha esa jangan lupa .. apa pon yang kita buat , pastikan mendapat keberkatan .. mmglah kita tak tahu sebab itu kerja Allah .. tapi , kita semua dah cukup besar untuk menilai sesuatu .. kan ?

semalam aku mengantuk tahap cipan .. sangat mengantuk .. tapi dalam pada mengantuk , sempat lagi update .. walaupon ciput .. dan ianya tak layak untuk dipanggil sebagai entri .. dalam pada mengantuk jugak , sempat lagik bw .. jalan-jalan blog korang ..

then , tengah-tengah aku stalk awek-awek cun .. aku ada terbaca pasal mamat ni .. mamat yang pernah mengeji umat Islam yang berpuasa .. di bulan Ramadhan yang lalu .. aku bet korang dah tahu sape mamat tu .. mungkin ini isu lama , tapi aku tak kisah .. ini blog aku .. hak aku untuk bersuara ..

bercakap pasal bersuara , aku ada baca blog mamat ni semalam , bintang kertas .. kalau korang google aku rasa korang tak boleh bukak kot .. tapi aku tahulah .. aku tak pandai sangat dalam bidang IT ni .. aku baca pon lepas aku download blog dia .. and sebab baca blog dia jugaklah aku tido lepas subuh .. demm ..

serius kalau nak baca blog mamat ni , akal kena waras , otak perlu berfungsi .. sebab penulisan mamat ni amat tajam .. hati mesti cekal .. iman harus teguh .. sebab kemungkinan untuk menjadi songsang adalah tinggi ..




apa yang aku nampak , mamat ni sangat genius sebenarnya .. walaupon PMR tak ambik .. he's a great thinker .. cara pemikiran mamat ni sangat kelas .. tapi , songsang .. mungkin kerana aktiviti kemabukan yang kerap .. dan asap yang terlampau banyak ditelan hasil dari aktiviti ber'bong' .. juga aktiviti homoseks biasa , bagi mereka .. dan mungkin fahaman punk rock yang entah apa-apa .. bullshit !

mamat ni mengaku tak beragama .. tak percaya dengan pembalasan dosa pahala dari Allah .. tak pernah berpuasa .. solat ? fikirlah sendiri .. malah mamat ni sangat berbangga dengan cara pemikiran dia sekarang .. yang kononnya memperolehi kebebasan sejati .. dan ada satu quote pasal Allah yang aku tak sanggup nak bagi tahu korang .. sangat sedih bila tuhan kita ( yg juga tuhan dia actually ) dihina sebegitu rupa ..

tinggal dengan rakan serumah yang sekepala , amat bahaya untuk mamat ni .. saban hari dengan aktiviti yang karut dan sangat tak berfaedah .. yang membuatkan otak bertambah 'geliga' ..

dia ada cakap , "untuk apa kita anuti agama dari ibu bapa kita sedangkan kita tidak yakin dan percaya dengan agama tersebut" ( lebih kuranglah .. aku malas nak copy paste ayat dia ) .. sebab tu aku cakap , mamat ni pandai berfikir .. and yes , songsang .. mak bapak aku Islam .. dan aku sangat yakin dengan Islam .. 
aku dibesarkan dengan agama dan cara hidup Islam .. dan itu adalah yang terbaik buat aku ..




selain tu , mamat ni jugak malu mengaku sebagai Melayu .. malu untuk membawa i/c yang tertera perkataan melayu .. malu kerana ramai yang mengatakan melayu adalah kolot dan tak berotak .. melayu = islam , yes .. sedangkan , apa yang membuatkan orang berfikiran begitu adalah kerana adanya orang seperti dia sendiri .. how come seorang melayu islam mengutuk bangsa dan agamanya sendiri .. macamana bangsa dan agama lain nak respek kita ?

namun , apa yang pasti .. mamat ni sebenarnya berasa kesepian .. lonely , for sure .. mamat ni katanya tak pernah kenal dan jumpa bapa kandungnya .. and that's why dia jadi macam ni .. tak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup .. tak ada yang dapat membimbing .. malah maknya sendiri tak pernah memaksa dia untuk mengaplikasikan gaya hidup sebagai muslim , katanya .. malah mamat ni sanggup untuk membakar masjid kalau ada ahli keluarganya yang memaksa dia untuk ke masjid .. pendapat ?

aku bukan nak kata apa .. sepatutnya ibu bapa yang beragama harus lebih tegas .. ini soal agama beb .. bukan main-main .. didiklah anak-anak supaya berada dilandasan yang betul .. jangan sesekali abaikan diorang .. kerana anak bila dah besar , dah boleh berfikir .. cumanya antara songsang atau tidak ..

pesanan aku kepada mamat di atas .. fikirlah .. gunakan kebijaksanaan akal fikiran kau untuk berfikir dengan baik .. aku tahu kau seorang yang pandai dan kuat berfikir .. fikirlah untuk masa depan dan akhirat .. jangan terlalu taksub dengan kebebasan kendiri yang kononnya memberi kepuasan tu .. kepuasan  sebenar adalah apabila hati kita tenang .. which is mendapat keberkatan .. aku tahu hati kau tak tenang .. kosong ..

kau jugak pernah cakap , andai diberi peluang .. kau nak cuba membahagiakan mak kau dengan cara yang beliau inginkan .. kau tahu apa yang seorang ibu inginkan ? tak banyak .. seorang ibu hanya mahu anaknya mendapat kebahagiaan yang mutlak .. mak kau Islam .. sudah tentu beliau mahu kau mati sebagai Islam .. masuk syurga dan bukannya neraka ( aku tahu kau tak percaya ni ) .. mendapat kebahagiaan yang abadi selama-lamanya ..

fikirlah .. kekosongan hati bukan alasan untuk kau memberontak begini .. hati yang kosong perlu diisi .. aku harap kau berjaya satu hari nanti .. dan aku harap kau memilih Islam sebagai agama untuk dianuti dan kau tidak malu dengan status itu ..





p/s  aku mintak maaf kalau ada yang tak senang dengan entri aku kali ni .. 

24 ribu orang sedang beromen ;D:

hatigadis said...

biasala manusia.
Macam mana nak takutkan tuhan, kalau hati sekecil kuman

PinQib said...

nama apa eh. em.. x ingat ar
nama macam mat saleh.
tp darah stil melayu. puihhh

Akhirnya. Confession| Untuk orang SINGLE|

JuanYuan said...

@hatigadis
itula pasal..macam2..

JuanYuan said...

@PinQib
malas nak ingat nama dier..haha..

Wahida Nasution Thakhrim said...

setegas mana didikan agama ibubapa pada kita, yang penting diri sendiri yang untuk berada dijalan kebenaran.. ikut landasan yang sepatutnya.. saya bangga dilahirkan sebagai seorang Islam..

JuanYuan said...

@Wahida Nasution Thakhrim
betull...saya juga bangga :)

alyaaboolat said...

berfikir guna kepala lutut agaknye..bkn kepale otak!

NuSaNa NoSa 91 said...

kesian dia kn?? moga2 dia dpt hidayah.. kalau dia dpt gunakan kebijaksanaan yg ada kt dia tu utk islam, mesti bagos.. =.=

dan semoga kita xterpengaruh ngan cara pemikiran dia tuh..

JuanYuan said...

@alyaaboolat
hahaha

JuanYuan said...

@NuSaNa NoSa 91
amin..hareap2 dia sempat bertaubat..

shafiqabdshukor said...

kurang kasih sayang tu...

ain revival said...

bila nafsu menyelubungi diri...akal fikiran mula kucar kacir...yang baek dikatekan perosak..dan begitulah sebaliknya..kite pun bukannya perfect sgt..same2 lah muhasabah diri ekk..:P

waaa...bagusny kamo0..
luv this entry...

JuanYuan said...

@shafiqabdshukor
tgk dr cara, mungkin ..

JuanYuan said...

@ain revival
peringatan buat diri sendiri jugak :))

Miss Yaty said...

astaghfirullah..akak baru tahu pasal mamat ni...
akak setuju pendapat Juan..

marilah kita berdoa semoga Allah memberi petunjuk pada beliau..amiin

JuanYuan said...

@Miss Yaty
yup..sama-samalah kita berdoa

zmah said...

Best..tajuknya.

tomatokering :) said...

astaghfirullahalazim . . moga dia dapat hidayah dr allah . aminn ~

JuanYuan said...

@zmah
ye ke?thanks..terharu sgt :))

JuanYuan said...

@tomatokering :)
amin..sama2 kita berdoa

arep_lockermonth said...

nicce blog header! like it!
are follow blog biru nih! singgah la my blog kalau sudi nad foolloow me back k!

JuanYuan said...

@arep_lockermonth
thanks :)

Gayahspears said...

amboi panjangnyer n3 juan.. huhu.. moga dia sedar lame2.. sempurna manusia tak sempurna...

JuanYuan said...

@Gayahspears
aminn :)

Next Back home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...