pencinta kehidupan

Kata Pengantar

Hai semua.. Bismillah dulu sebelum bacer tau.. Ambik berkat :) jom !
Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

Friday, September 9, 2011

1st Anniversary

Assalamualaikum ..






well korang tahu tak bahawa hari ini adalah 1st Anniversary untuk Alternatif Kehidupan ? yeah korang tak tahu sbb blog dah lama tak update .. hakhak !

so , sepanjang setahun aku berblogging :


1- aku tak pernah ada basic langsung dalam HTML

2- semua yang aku buat adalah dari pembelajaran sendiri di internet

3- pernah menggunakan beberapa template percuma di internet dan yang ini paling tahan lama ( percuma jugak )

4- pernah menggunakan khidmat Ayeem Ayam untuk buat header dan web banner .. thanks Ayeem ( muah! )

5- pernah join beberapa contest dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger

6- pernah menang contest dekat facebook Ayeem Ayam dan menggondol 3 hadiah .. hadiah adalah topap 15 hengget

7- pernah menang satu contest rakan blogger tapi sampai ke sudah tak dapat-dapat hadiah yang dijanjikan .. hakhak!

8- pernah masuk dalam majalah REMAJA bersama-sama dengan Shara Bunga untuk edisi Feb 2011 ( bangga! )

9- pernah beberapa kali join segmen abg tough

10- pernah mengamalkan " U follow , I follow " untuk 300 follower pertama

11- pernah di'unfollow' oleh blogger lain sbb tak follow blog diorang balik

12- target 1k follower untuk satu tahun berblogging tak tercapai sbb blog malas update

13- selalu tertunggu-tunggu update blog orang lain tapi blog sendiri terbiar lesu

14- pernah rapat dengan sekumpulan awek blogger tapi sekarang dah terputus hubungan ( sobsob )

15- blog yang wajib dibukak ketika online adalah AyeemAyam , TerbangTinggiTinggi , TheOtherKhairul , BlogSerius dan BlogAkuBukanBlogBapakKau ( haram panjang )

16- benci Obefiend tapi tiap-tiap hari mesti bukak blog beliau

17- tak pernah stalk Hamis Jalikha tapi FL selalu .. hakhak!

18- pernah menjadi bahan kutukan awek-awek gedik yang sibuk nak menangkan mamatjambu Korea .. boleh baca pada entry ni , ni , ni dan yang ini

19- pernah buat entry kartun bersiri tapi sampai sekarang tak sambung-sambung lagi

20- tak pernah cash out nuffnang sebab nak menabung katanya .. hakhak!

21- sangat rajin blogwalking tapi sangat malas nak komen

22- ada terjumpa beberapa orang kawan lama yang juga ada blog

23- pernah sekali blog terkena malware ringan dan memakan masa selama 3 bulan untuk pulih sepenuhnya

24- pernah ada follower sejati satu masa dulu .. sekarang ? hakhak!

25- aku akan cuba kembali aktif selepas final projek aku siap ..



Saturday, January 1, 2011

perginya tahun 2010 ..

hai semua .. disaat entri ini di'publish' jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam .. bermakna tiada lagi 2010 .. menjelma pula 2011 untuk menemani hari-hari kita semua ..

banyak kenangan berlaku pada tahun 2010 .. ada yang manis , ada juga yang pahit .. namun yang pasti , kesemuanya Juan telan .. bagi Juan sesukar mana pon sesuatu cabaran itu , kita harus hadapi dengan segala kudrat yang ada .. jangan lari dari masalah .. kerana , masalah tidak akan selesai dengan melarikan diri ..

di kesempatan ini , Juan menyusun 20 jari memohon ampun dan maap sekiranya Juan ada buat salah ngan korang semua .. serius , Juan tak sengaja .. bukan niat Juan untuk menyakitkan hati korang .. dan bukan niat Juan jugak untuk memutuskan ikatan persahabatan .. namun , lumrah manusia .. tidak lari dari kesilapan .. kita kira 1-0 keh ?*sebab korang tak dapat ambik servis Juan 

okay , akhir sekali .. dengan hati yang tulus*aww  Juan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua kawan-kawan .. semoga dengan hadirnya tahun baru ini dapat memberikan sinar baru dalam hidup kita .. semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010 .. semoga apa yang kita amalkan mendapat berkat dari-NYA .. Amin ..

oh satu lagi .. jom tengok gambar new year ni .. Juan curik dari reban si ayam tadi ..





 H
    A
       P
          P
             Y

             N
           E
         W

 Y
    E
       A
           R

          F
        R
       I
     E
   N
                                                                                                                               D
                                                 L.E.T    B.Y.G.O.N.E.S.    B.E     B.Y.G.O.N.E.S

Monday, December 6, 2010

jom bercucuk tanam

hai.. Juan kembali .. kembali untuk menyusahkan hidup korang .. hakhak !

owh, sebelum tu .. jom karoke ngan Juan dulu ..



Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman ..
Untuk sepanjang zamannnnn ..

okay, best kan lagu tu ? cakap best cepat ! kalau tak kena sumpah jadi petai .. hakhak !

bersempena dengan Maal Hijrah yang akan disambut tak lama je lagi , Juan kat sini nak mohon maaf banyak-banyak dekat korang semua sekiranya Juan ada buat silap dan membuatkan korang tersentap .. memang Juan sengaja buat macam tu .. ha ha ha .. niat Juan nak bergurau jek .. nothing serius ok ?

Juan jugak nak ajak korang bercucuk tanam .. emm, mari sama-sama ngan Juan .. kita tanam azam baru .. azam yang lepas kita cabut .. kita benihkan azam yang baru , sempena tahun yang baru .. ok ?

tapi ! yer , ada tapinya .. tapi , Juan harap korang semua dapat jaga benih azam korang tu betul-betul .. jangan pula dibiarkan layu begitu sahaja .. pastikan benih tersebut mendapat oksigen yang cukup , pencahayaan yang sempurna dan mendapat air yang diperlukan .. so that , azam korang boleh membesar dengan sempurna ..

jangan kita hanya pandai berak .. tapi tak reti nak basuh .. kalau macam tu, sampai bila-bila pon kita takkan berubah .. zaman dah maju .. tapi kita masih ditakuk yang lama .. okay ? pastikan azam kita selari dengan hati .. dan buat kerana keinginan untuk berubah ..


sebelum berpisah .. jom baca doa awal tahun dan doa akhir tahun ..




Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
 

Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:






Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



okay .. done ! Assalamualaikum .. ( tibe-tibe jadi islamik  =.=! )








Back home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...