pencinta kehidupan

Kata Pengantar

Hai semua.. Bismillah dulu sebelum bacer tau.. Ambik berkat :) jom !

Friday, September 9, 2011

1st Anniversary

Assalamualaikum ..






well korang tahu tak bahawa hari ini adalah 1st Anniversary untuk Alternatif Kehidupan ? yeah korang tak tahu sbb blog dah lama tak update .. hakhak !

so , sepanjang setahun aku berblogging :


1- aku tak pernah ada basic langsung dalam HTML

2- semua yang aku buat adalah dari pembelajaran sendiri di internet

3- pernah menggunakan beberapa template percuma di internet dan yang ini paling tahan lama ( percuma jugak )

4- pernah menggunakan khidmat Ayeem Ayam untuk buat header dan web banner .. thanks Ayeem ( muah! )

5- pernah join beberapa contest dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger

6- pernah menang contest dekat facebook Ayeem Ayam dan menggondol 3 hadiah .. hadiah adalah topap 15 hengget

7- pernah menang satu contest rakan blogger tapi sampai ke sudah tak dapat-dapat hadiah yang dijanjikan .. hakhak!

8- pernah masuk dalam majalah REMAJA bersama-sama dengan Shara Bunga untuk edisi Feb 2011 ( bangga! )

9- pernah beberapa kali join segmen abg tough

10- pernah mengamalkan " U follow , I follow " untuk 300 follower pertama

11- pernah di'unfollow' oleh blogger lain sbb tak follow blog diorang balik

12- target 1k follower untuk satu tahun berblogging tak tercapai sbb blog malas update

13- selalu tertunggu-tunggu update blog orang lain tapi blog sendiri terbiar lesu

14- pernah rapat dengan sekumpulan awek blogger tapi sekarang dah terputus hubungan ( sobsob )

15- blog yang wajib dibukak ketika online adalah AyeemAyam , TerbangTinggiTinggi , TheOtherKhairul , BlogSerius dan BlogAkuBukanBlogBapakKau ( haram panjang )

16- benci Obefiend tapi tiap-tiap hari mesti bukak blog beliau

17- tak pernah stalk Hamis Jalikha tapi FL selalu .. hakhak!

18- pernah menjadi bahan kutukan awek-awek gedik yang sibuk nak menangkan mamatjambu Korea .. boleh baca pada entry ni , ni , ni dan yang ini

19- pernah buat entry kartun bersiri tapi sampai sekarang tak sambung-sambung lagi

20- tak pernah cash out nuffnang sebab nak menabung katanya .. hakhak!

21- sangat rajin blogwalking tapi sangat malas nak komen

22- ada terjumpa beberapa orang kawan lama yang juga ada blog

23- pernah sekali blog terkena malware ringan dan memakan masa selama 3 bulan untuk pulih sepenuhnya

24- pernah ada follower sejati satu masa dulu .. sekarang ? hakhak!

25- aku akan cuba kembali aktif selepas final projek aku siap ..



Sunday, August 14, 2011

-untitled-

Assalamualaikum ..





actually aku tengah bercuti sekarang ni .. bermakna aku ada banyak masa lapang dan boleh buat banyak benda .. but still , aku tak mampu update entry yang berkualiti sekerap yang mungkin .. bukannya aku tak nak , tapi aku rasa tak boleh .. aku kering idea .. serius .. otak aku ni macam dah off terus ..

setiap hari aku tekan new post tapi tak boleh nak buat apa-apa .. berjam-jam aku duk tenung skrin putih tu sambil tongkat dagu dengan tangan kiri .. aku buntu weh .. aku nak update apa aku pon tak tahu .. kang kalau aku update benda mengarut kan orang kata desperate nak suruh orang datang blog pulak .. tak pasal-pasal nanti kena maki kat shoutbox .. yelah , update entry pasal "siaran TV yang aku tengok semalam " .. tak pon "senarai makanan yang dimakan time sahur" .. mmg kena ah se das ..

kadang-kadang aku respek jugak dekat korang blogger-blogger semua sebab korang mampu nak update blog setiap hari .. kalau tak setiap hari pon 2 hari sekali .. aku nak update seminggu sekali pon tak boleh .. sungguh loser .. tak syak lagi ..


gambar takde motif


tapi hari ni aku nak update jugak .. biarlah tak berkualiti pon .. janji aku ada update .. yeah , aku desperate ni woi ..

aku rasalah kan , mungkin sebab aku tak keluar rumah kot .. sebab tu aku tak dapat idea nak update .. yelah , kalau aku selalu jalan-jalan keluar mesti ada jugak benda nak cerita kan ? contohnya Pak Bilal jatuh moto time selekoh ke , Mak Lijah tergelincir time nak panjat pokok rambutan ke , tak pon pasal Pak Mat jual ikan terjual ayam .. eh ,ade ke ? hakhak!

aku bukan apa , aku memang jarang keluar rumah sebenarnya .. nak-nak bulan puasa ni .. nak pergi mana ? so , aku dok rumah jelah buat one pack kat perut ..

hmm .. hmm ..

aku nak stop dah sebenarnya tapi aku tak tahu macamana nak buat penutup dia .. hghh .. aku tutup guna cara simple jelah eh ..

kbye !






p/s wah .. dah siap satu entry rupanya (woha! )
Back home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...