pencinta kehidupan

Kata Pengantar

Hai semua.. Bismillah dulu sebelum bacer tau.. Ambik berkat :) jom !

Tuesday, September 14, 2010

selamat menyambut lebaran

ho ho ho...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..

kejap jer kan.. dah rayer.. pejam celik2 Ramadhan yang mulia dah pon pergi meninggalkan kita..
dan Ramadhan tu bukan pergi dengan tangan kosong tetapi turut membawa sekali amalan-amalan yang dah kita lakukan pada bulan tersebut.. dan kini, Syawal pula yang datang menjenguk kita semua..

dikesempatan ini juga Juan ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah SWT kerana dengan izinnya dapatlah Juan merasai bahang sambutan Aidilfitri yang ke-19 kali dalam hidup Juan.. sumpah Juan rasa bertuah sebab masih diberi peluang.. yelah, kita mana tahu bila pulak kita akan dipanggil untuk mengadap-NYA kn?? so, kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita dapat..

meriah tak raya Juan tahun ni?? okeh, untuk soalan ni Juan akan story lain kali k..

masuk jer bulan beraya kita semua pasti tak akan terlepas untuk berjumpa sanak saudara dan sahabat handai.. dan menu wajib di hari raya pulak mestilah menu yang dah diwarisi sejak zaman datuk nenek kita lagi.. spt contoh ketupat, lemang, rendang, tapai dan bermacam lagi kuih muih menjadi hidangan..



nyum.. nyum..  mmg best giler kn?



 ni ketupat kalau nak tahu.. ngeh2..



 lemang tuu...



lagi lemang daa..



yang ni kesukaan Juan.. dapat meratah rendang sajer pon jadik.. ho ho..



ehh.. rendang ke ayam masak merah ni??


namun, hidangan di hari raya bukanlah terhad kepada beberapa juadah saja, malah di zaman kita ni ramai yang mula mencuba untuk membuat kuih raya yang menggunakan resepi tersendiri.. hidangan berat juga menjadi pilihan tuan rumah untuk dihidangkan kepada tetamu mereka.. antaranya ialah nasi ayam, nasi beriyani, nasi minyak dan banyak lagi..

setiap kali hari raya tidak sah sekiranya tidak ada ucapan-ucapan raya yang kita dengari daripada sahabat handai mahupun sanak saudara kita.. malah, trend menghantar kad hari raya juga masih dipraktikkan sehingga kini.. mungkin perkara-perkara sebegini yang menjadikan hari raya kita lebih meriah..



salam lebaran..



kad hari raya yang masih sinonim dengan kita




 dengan ingatan tulus ikhlas - Juan


pendek kata, tak meriahlah hari raya kita kalau tidak ada lagi ucapan-ucapan raya yang kita dengari dari mulut mahupun sms.. bagi Juan, hari raya adalah hari kemenangan kita umat islam setelah sebulan kita berperang dengan nafsu kita sendiri (ye lah bulan pose kan setan 'diikat' )..

setakat inilah dulu entri untuk kali ini.. moga bertemu lagi.. Assalamualaikum WBT.. ('-')

*mtk maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kat sumer..





*psstt...pssttt.. jom cuba nyalakan pelita kat atas tu..

*pictures credit to google..

*apps credit to ayeemayam[dot]com..(-_-")

0 ribu orang sedang beromen ;D:

Next Back home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...